Chot baru habis main bolasepak dan berjalanmenuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik disebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya,Chot membawa kereta itu ke wokshop. Mekanik di wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke bendulan Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu,sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemikitu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chotmeniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, Apa hang buat tu? Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di wokshop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanyaakan kembung semula. Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawaberdekah-dekah sambil berkata, HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hangkena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu baru tiup!